2:21 AM

Tak kan jumpa lagi....




2:11 AM

IBU


Ada seorang pemuda menemui Rasulullah dan berkata, Wahai Rasul, ayah saya kini telah tiada, sedangkan ibu saya sudah tua. Kalau makan, saya haluskan dulu makanannya kemudian saya letakkan makanan itu ke dalam mulutnya, tak ubah seperti anak kecil. Saya letakkan beliau dalam ayunan kain seperti bayi dan setelah itu saya mengayunnya sampai tertidur.

Mendengar penuturan Rasulullah meneteskan air mata seraya mengatakan, Wahai anak muda, engkau telah mendapatkan keberhasilan yang sangat layak karena engkau memohon kepada Allah dengan hati yang bersih dan niat yang tulus dan Allah telah mengabulkan doamu.

Anak muda itu bertanya, Wahai Nabi, apakah saya sudah dapat menggantikan jerih payah ibu saya?

Rasulullah SAW bersabda, engkau takkan pernah bisa menggantikan semua jerih payahnya bahkan satu rintihan di antara rintihan-rintihannya pada saat melahirkan. Didunia ini tidak ada yang bisa bekerja keras yang melebihi dari yang dilakukan oleh seorang ibu.

Itulah sebabnya menghormati ibu adalah sebuah keharuan. Rintihan ibu di malam hari dan bermunajat untuk anaknya akan selalu didengarkan oleh Allah SWT. Kejayaan seorang anak bererti munajat yang dipanjatkan ibu ditengah malam.



11:05 AM

Outing Ke Fraser Hill


Date: 08.08.2009
Lokasi : Fraser Hill
Shooter: Nazrulsyam, amirul
Talent: Siti

Tak tahu nak ckp apa. cuma PENAT, Hepi dan Banyak Benda yang aku belajo.....

Ni ada satu dua pic time kat sana




11:31 PM

NISFU SYAABAN

Nisfu Syaaban

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam NisfuSyaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)


Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

8:24 PM

Lesu dan tidak bermaya

Sejak aku balik dari JB hari tu... badan aku lesu tidak bermaya..... ( Tapi makan... x kurang jugak.. huh) rasa cepat mengantuk, sengal sengal badan, kepala penin, tosel yang bengkak hari tu dah ok dah..........

Time ni SPA sangat laku dan untung.... Terpaksa la aku membuang sedikit duit untuk memanja kan diri aku sendiri..... tapi x juga fresh.... semalam dan hari ini hari yang paling membosankan.... Isnin aku ke kelinik amik ubat dan buat saringan H1N1.... sebab dah jumpa pelbagai umat manusia kat JB tuh. So dengan sedikit kerisauan yang melanda, aku kene juga buat saringan H1N1. Alhamdulillah aku negetif..... cuma demam biasa.

Cuma aku sedikit tidak puas hati dengan sikap cik misi kat kelinik tu..... ntah la..... gaduh dgn laki dia kot.. tu yang muka ketat je....

aku dah rasa x de idea nak coret nih... so aku nak layan P.Ramlee lagi best.. buat gelak..... time time mcm nih lah teringin sgt nak kawen cepat. hahahahaahha....

12:57 PM

outing ke JB


Date: 2 Ogos 2009
lokasi: Taman istana JB.
Member : Siti

Petang ahad lepas, aku dgn mirul sempat menjelajah ke JB town....... cuaca agak panas ptg tu... so lepas pickup siti kat area mana.. aku x ingat dah.. terus g singgah selalu makan..... agak best menu dia... lauk dia melaut..... terlampau byk..... juling mato den nak pilih......

lepas redup around 5pm.... kita org g la menembak si siti kat taman istana...... ni kat bawah ada sikit hasil petang tu...... Layannnnnnn







12:21 PM

JOB@BP


Date: 1 ogos 2009
lokasi: Kg Sarang Buaya, Batu Pahat

minggu lepas aku di offer untuk shoot wedding bersama di batu pahat. Wedding antara Saiful dgn Rabiatul adawiyah. disebab kan aku dgn mirul tak tahu langsung kat mana lokasi bakal kejadian, so aku bergerak dari seremban ke segamat menjemput si mirul dan terus ke batu pahat.

Perjalanan ikut jalan lama ar. jimat dan tutas. singgah labis makan mee bandung (muar).... huh.. licin mangkuk tu aku hirup.... sedap......perjalanan diteruskan selepas itu.... (apa punye ayat aku guna nih)

Masa otw u, aku jumpa la mcm mcm punye nama tempat.. dan yang paling best.... DESA TEMU JODOH..... kat mana aku dah lupa.... antara Labis ke chaah kot...... aku rasa org sana sentiasa berjodoh kot.....

nak 2 Jam juga la aku nak sampai batu pahat tu. selepas jumpa tempat bakal kejadian setelah sesat barat pada awal nya......... kitaorg terus g caro hotel paling MAHAL kat batu pahat tu......... RM450 semalam... Mahal X? kalo kat KL dpt dok marrriot nih punye harga... hahahaha

Kita dok RM45 je semalam... hahah.... budget beb..... hotel dah ok jika dilihat dari luar.....dah bayar.. dapat je kunci.... terus la g bilik... masuk je bilik.... huh... dia punya bau...... huh... no komen la...... terus aku kuar kan perfume aku yg wangi sgt sgt tu dan spray kat semua tempat dlm bilik tu.......

Thanks to Cik Miza yg telah melayan kita org dgn membawa kita org ke old town coffe sambil chot chet ntah apa apa...... sampai kul 12 lebih gak.. nasib baik si miza tu dok keluang... kalo dok BP juga... mau pagi dok kat old town tu....... Thanks Miza......

ni sedikit pic yang diambil kebesokan hari nya di majlis persandingan Saiful dan Rabiatul.

# Kredit to Lurima.net as OP

# Kredit to Lurima.net as OP