11:54 AM

Jejak kengkawan dolu dolu

Selepas kembali ke pangkal jalan ni, teringin aku nak jejak balik kengkawan photographer aku balik... mana lah memasing.. dengar kabar ada yg dah meninggal... innalillah.... mana yang masih hidup tu la yang aku nak jejak balik tuh.

Mujur ingatan aku masih kuat untuk ingat kan balik username dengan password blogspot aku nih. dapat lah aku jejak balik... kalau tak alamat nya x jumpa lah.

So dipendek kan cerita aku ingin kembali aktif dalam dunia photographi ini dengan azam dan cara kerja yang baru. tak mahu macam dulu dulu dah. lebih kepada suka suka dan membazir je. sekarang time untuk buat sedikit income dan kepuasan.

mana lah kengkawan aku :

Mirul si kepala tukul;
Eden si cak lempong;
siti si model,
faiz si ustaz,
duke segamat,
beskalpancit,
aboy lidi.

eemmmm
11:45 AM

I'm BACK.........

Salam,

I'm Back... Itu lah yang aku rasa sekarang... aku ingin kembali ke zaman ligat aku... dunia fotografi.... dunia yang mencari cerita dan merakam cerita. tidak kira suka atau duka, siang atau malam, hujan atau teduh. itu lah kegilaan atau dalam bahasa lain "penangan" bila dah mula pegang DSLR dan tahu cara menggunakan nya.

Lebih hampir 2 tahun aku bungkus DSLR set aku. Tersimpan elok didalam DRY box aku. dan selama itu la aku x menyentuh nya langsung. Insyallah aku rasa x hilang lagi skill kamera aku. haha ( mcm la power sgt ). Kene buka buku balik nih.

Kawan Photographer pun ramai yg dah "MIA". Silap aku juga sebab terus menyepi. Terus talak 1 dengan dunia fotografi. Mana kawan kawan yang masih sudi nak rujuk balik tu. meh la, baru talak satu. kalo talak 3 ye yg x leh rujuk.

Ok lah. jumpa di next post pulak. daa.....
8:28 PM

Menangani Masalah secara berterusan

Menyelesaikan Masalah Dengan Tindakan Berterusan

Salam ceria buat korang semua, moga sihat sentiasa. Setiap hari saya berdoa moga rezeki korang
dimurahkan. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Kita masih lagi berada di musim Raya.

Satu perkara yang paling penting, aku ramai ditemukan dengan orang-orang positif yang
dulunya berfikiran negatif. Banyak perkara yang berlaku dalam hidup mereka mengubah
tanggapan negatif mereka, dari pesimis menjadi optimis.

Antara situasi yang banyak mengubah mereka adalah masalah hidup - masalah
perhubungan dan masalah kewangan. Entah cemana, mereka tetiba sedar cara
nak keluar dari masalah adalah dengan bersikap optimis, iaitu yakin masalah
boleh diselesaikan satu persatu dengan usaha konsisten.

Sekadar membaca buku motivasi masih tak cukup untuk membuat diri kita bermotivasi.
Kita perlu berdepan alam sebenar, berani mendepani realiti hidup, memahami perjalanannya.

Kita kena menafsir bagaimana hidup ni mengajar kita menjadi insan cemerlang,
beremosi cemerlang dan bertindak cemerlang. Jika orang lain boleh selesaikan masalahnya,
maka sesiapapun boleh, termasuk kita.

Semuanya bermula dengan satu faktor sahaja - tindakan berterusan!

sumber asal:
iMotivasi - http://www.imotivas i.com

8:23 PM

Selamat Hari Raya

Rasa nya tak terlambat lagi nak ucap kan salam lebaran pada semua umat manusia di muka dunia ini. Tahun ni lebaran untuk aku x berapa nak menarik dan tertarik... biasa biasa aja.... kalo zaman budak budak dulu boleh la ek.... semua main.. dari jenis yg baik hingga ke jenis yang membahayakan.

Aku ni jenis yang sgt sgt x reti nak update blog. sebab x tau nak bercerita.. kalo berborak aku pandai la. hahahaha.....


apa apa pun SELAMAT HARI RAYA AILDILFITRI........


2:21 AM

Tak kan jumpa lagi....




2:11 AM

IBU


Ada seorang pemuda menemui Rasulullah dan berkata, Wahai Rasul, ayah saya kini telah tiada, sedangkan ibu saya sudah tua. Kalau makan, saya haluskan dulu makanannya kemudian saya letakkan makanan itu ke dalam mulutnya, tak ubah seperti anak kecil. Saya letakkan beliau dalam ayunan kain seperti bayi dan setelah itu saya mengayunnya sampai tertidur.

Mendengar penuturan Rasulullah meneteskan air mata seraya mengatakan, Wahai anak muda, engkau telah mendapatkan keberhasilan yang sangat layak karena engkau memohon kepada Allah dengan hati yang bersih dan niat yang tulus dan Allah telah mengabulkan doamu.

Anak muda itu bertanya, Wahai Nabi, apakah saya sudah dapat menggantikan jerih payah ibu saya?

Rasulullah SAW bersabda, engkau takkan pernah bisa menggantikan semua jerih payahnya bahkan satu rintihan di antara rintihan-rintihannya pada saat melahirkan. Didunia ini tidak ada yang bisa bekerja keras yang melebihi dari yang dilakukan oleh seorang ibu.

Itulah sebabnya menghormati ibu adalah sebuah keharuan. Rintihan ibu di malam hari dan bermunajat untuk anaknya akan selalu didengarkan oleh Allah SWT. Kejayaan seorang anak bererti munajat yang dipanjatkan ibu ditengah malam.



11:05 AM

Outing Ke Fraser Hill


Date: 08.08.2009
Lokasi : Fraser Hill
Shooter: Nazrulsyam, amirul
Talent: Siti

Tak tahu nak ckp apa. cuma PENAT, Hepi dan Banyak Benda yang aku belajo.....

Ni ada satu dua pic time kat sana