3:10 PM

Malam Alumni SMKPJ 95&96






Setelah 16 tahun tinggalkan zaman seluar hijau baju putih ni, baru lah tahun 2010 ni dapat buat 1st reunion untuk batch pioneer 95&96. program ini tercetus secara spontan apabila memasing dapat berhubung semula menggunakan Facebook.com.

Pada asal nya nak buat hanya makan malam untuk batch awal sahaja iaitu 5A,5B,5C. tapi ntah macam mana ada suara dan sokongan untuk buat terus 1st dinner alumni untuk SMKPJ/PZ dan terus bercadang untuk tubuhkan alumni sekolah PJPZ.

Dengan persiapan yang di ambil x sampai 2 bulan. masing masing yang terlibat memberi 100% kerja kuat untuk jaya kan majlis ini. Dan akhir nya malam yang di nantikan iaitu 12.12.2010 telah merialisasikan kerja kuat semua ajk yang terlibat.

Dengan kehadiran boleh dikatakan kesemua guru dan bekas guru termasuk mantan GB terdahulu serta wakil dari PIBG serta di meriahkan lagi dengan kehadiran kebanyakan kengkawan yang lama sgt x jumpa yang dah jadi macam macam saiz dan rupa.

Malam tu sungguh meriah dan hebat. pelbagai bentuk pujian diterima oleh AJK kerana kejayaan malam itu. TAHNIAH..... banggo den....

0 comments:

Post a Comment